Wednesday 28 December 2011

Jahatnya Lidah Itu......

Renungan Buat Semua Anak Didikku Sekalian.....Bacalah dan renungkan.... Elaklah Sifat Mazmumah ini sedaya upaya...mudah-mudahan kita terhindar dari sifat ini....gunakan anugerah ilahi ini dengan zikrullah.....

17 bahaya lidah adalah:
  • Berjanji lalu mendustai janji itu.  
  • Bercakap perkara yang tidak berfaedah.
  • Bersuka berlebih-lebihan ketika bercakap dan berkata-kata. 
  • Bercakap perkara yang tidak benar, berbohong sedikit.
  • Penyebab akan berlaku pertengkaran.
  • Penyebab permusuhan dari kata-kata pedas yang tidak disengajakan
  • Bertutur manis tetapi kata-katanya semua dusta.
  • Mengeluarkan bahasa kesat (memaki hamun).
  • Gemar menyumpah-nyumpah (melaknat orang yang seagama dan sebangsa).
  • Mernyanyi lagu yang melalaikan kita dari melakukan ibadah.
  • Terlalu banyak bergurau dan bersenda.
  • Suka menghina orang lain.
  • Penyebar rahsia.
  • Mengumpat walaupun perkara remeh apalagi perkara berat.
  • Mengadu-ngadu pada orang lain hingga terjadi perang dingin.
  • Talam dua muka, menabur fitnah yang berbeza-beza pada orang berbeza.
  • Memuji yang melampau-lampau 
MORAL : 
Jangan Mudah Percaya Pada Setiap Kata-kata Manusia....walaupun kata-katanya mereka penuh dengan janji yang manis....Kerana lidah, badan binasa. Kesannya, hidup kita binasa dan kemurkaan Allah turun kepada kita kerana kita menyakiti orang lain melalui lidah. 
Waallahu A'lam.....Berserahlah Kepada Allah.

5 comments:

  1. lidah bercabang amat bahaya
    lidah berbelit sangat digeruni
    berhati bila melafaz kata
    kurang bercakap, terjaga hati....

    insyaAllah......

    ReplyDelete
  2. terima kasih ajar pasal lidah, cikgu :D
    jom exchange comment http://cakeandcoke.blogspot.com/2011/12/standard-4-countable-and-uncountable.html

    ReplyDelete
  3. salam n thanks folow me :)

    nice blog n entri...

    ReplyDelete
  4. blog yg penuh dgn pengajran n ilmu...bgus:)
    i like it

    ReplyDelete